Selasa, 10 Julai 2012

Refleksi Kecederasan Emosi Minggu ke-3 :)


ok! skg dah masuk minggu ketiga :).. Minggu ini hendak kongsikan apa pula? ..
Hari ini saya hendak kongsikan tentang refleksi mengenai simpati dan empati.
Apakah yang anda paham tentang simpati dan empati?. Pernahkah anda merasa
simpati? empati?..dalam coretan ini saya ingin kongsikan tentang apa yang menarik
dalam pembelajaran kami yang ttelah diadakan di Pusat Sumber IPGKBM. :)


Pn.Norihah telah menyebut tentang simpati dan empati.. Apakah simpati? apakah empati?
Baiklah, menurut pemahaman saya simpati ialah anda merasa kasihan kepada individu dan
ingin menolongnya manakala empati ialah anda turut sama merasakan perasaan individu
yang mengalami kedukaan dan meletakkan diri anda dalam situasi individu tersebut. Pernahkah
anda bersimpati atau empati terhadap orang lain? 


Kaitan simpati dan empati dengan subjek KE ialah simpati dan empati melibatkan emosi dan perasaan kita. Setiap individu pasti mempunyai perasaan simpati mahupun empati. Namun, adakalanya disebabkan oleh pelbagai gangguan emosi lain maka perasaan simpati dan empati mungkin akan tenggelam dimamah oleh emosi yang mendatangkan keburukan, terutamanya perasaan marah.


So, janganlah biarkan emosi anda dikuasai oleh kemarahan tapi sentiasalah bertenang dan melakukan sesuatu dengan tenang dan tanpa sebarang perasaan marah kerana apabila kita marah akan menyebabkan kita melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. 


Senyun selalu ^.^
Holaa!!! ^.^ 

Kembali lagi dengan catatan untuk kali kedua untuk Subjek kecederasan Emosi (KE)  :). Catatan kedua ini saya ingin kongsikan tentang refleksi dan apa yang telah saya dapat sepanjang pembelajaran kami sewaktu subjek KE ini pada minggu kedua .. Baiklah, minggu kedua KE Pn.Norihah telah masuk ke Kelas kerana berlakunya pertukaran pensyarah. Oleh sebab kami telah mengenali Puan Semasa Semester 1 maka mukadimah Pn hanyalah sebentar dan selebihnya mengenai subjek KE. 

Hmm, semasa minggu kedua subjek KE ini beberapa orang rakan kami telah disoal mengenai sesuatu perkara yang mampu memberikan ketenangan kepada mereka. Apa yang menyentuh hati saya semasa perlongsian tersebut ialah seorang daripada rakan kami mengatakan bahawa, dia hanya akan memperolehi ketenangan ketika berada di pelukan ibunya. Saya sangat tersentuh kerana apa yang saya inginkan juga ialah hanya untuk berada dalam pelukan Ibu dan melihat senyuman bahagia yang terpapar di wajah kedua ibu bapa yang saya kasihi. Saya yakin kamu semua juga igninkan yang sama bukan ? :) 

Kemudian, Pn Norihah telah bertanya kepada rakan sekelas saya tentang bersediakah dia apabila suatu hari nanti ibunya akan pergi meninggalkan dia. Seperti yang kita tahu di dunia ini hanyalah kehidupan sementara dan semuanya akan kembali kepada pencipta tidak kira apa pun agama. Saya juga turut bertanyakan soalan tersebut kepada diri saya sendiri "adakah saya bersedia jika suatu hari nanti ibu bapa atau orang tersayang meninggalkan saya? ( monolog dalaman). Jawapannya sudah tentu tidak! .. Pada masa ini saya amat mememrlukan kasih sayang ibu bapa,bukan sahaja pada waktu ini bahkan untuk selamanya. Saya pernah berkata bahawa jika boleh saya rela memberikan seluruh hayat dan kehidupan saya kepada kedua ibu bapa saya. Namun, ajal dan maut ketentuan Tuhan. Semoga Kedua Ibu Bapa saya dipanjangkan umur untuk melihat anak-anaknya berjaya.

Apakah kaitannya dengan subjek KE?
hhmmm, jika anda seseorang yang mempunyai emosi dan perasaan, anda pasti akan merasakan hal yang sama. betul?? .. :)

Sekian coretanku buat yg kedua kalinya. ^.^ 

 

Kecedrasan Emosi??..

Catatan Pertama saya ialah berkaitan dengan subjek Kecedrasan Emosi ( KE )..Subjek yang melibatkan "what do I feel? " .. Adakah seseorang individu cukup dengan hanya mempunyai IQ yang tinggi jika tanpa EQ?? .. Persoalan - Persoalan ini akan terjawab dalam subjek yang kami pelajari dengan bantuan Puan Norihah. :)

Selain daripada EQ dan IQ terdapat juga satu lagi aspek penting iaitu SQ. SQ melibatkan tentang spiritual. Saya juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang aspek ini dan mengetahui perkaitan di antara ketiga aspek ini.

Saya amat meminati subjek Kecedrasan emosi ini kerana saya ingin mengetahui tentang lebih lanjut tentang apa yang akan kami pelajari dalam subjek ini. Saya amat berminat dengan cara-cara untuk menangani emosi dan mengawal emosi terutamanya bagi kami yang bakal menjadi seorang Guru. :) ( mudah-mudahan- Amen ). 

Sekian saja perkongsian saya di catatan ini, sebarang kesilapan harap dimaafkan. Kita sebagai manusia biasa tidak  lari dari kesilapan. :)